Wednesday, September 23, 2009

nasihat syeikh hassan al banna..

nasihat as-syahid hassan al-banna

Sepuluh Wasiat Hasan Al-Banna

§ Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau
bagaimanapun keadaan saudara.

§ Bacalah al-quran, buatlah kajian,dengarlah ilmu atau berzikirlah.
Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah

§ Berusaha mencapai dalam bahasa arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

§ Jangan saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau
bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

§ Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah
bersifat tenang dan serius.

§ Saudara jangan bergurau: kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan

§ Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh
pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan

§ Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

§ Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan
rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian,
kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

§ Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain
supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home